10 KEBAIKAN CHIA SEED

 

Jika dilihat, bentuk chia seed seakan-akan biji selasih yang sedap kalau letak dalam air sirap atau pelbagai resepi lain. Walaupun nampak sama, tetapi chia seed dengan biji selasih sebenarnya adalah berbeza terutamanya dari segi kandungan nutrien dan khasiatnya.

APA ITU CHIA SEED?

Bijian chia atau lebih dikenali sebagai chia seeds adalah sejenis bijian yang diperoleh dari pokok chia (Salvia hispanica). Bijian ini banyak didapati di kawasan Mexico dan Guatemala. Dikatakan puak Mayan dan Aztec telah menganggap bijian ini sebagai makanan yang memberikan kekuatan luar biasa.

Bijian chia dikenali sebagai ‘super food’ kerana kandungan nutrisinya yang tinggi. Ia mengandungi mineral dan serat yang tinggi dan sumber lemak omega-3 yang amat bagus selain tinggi antioksidannya. Analisis menunjukkan bahawa kandungan biji chia adalah tidak melebihi tahap logam maksimum untuk makanan. Ia juga bebas dari mikotoksin dan tidak mengandungi gluten.

Bijian chia juga bersifat ‘mucillaginous’ iaitu menghasilkan lendiran seperti bendi. Apabila direndam, bijian ini akan menyerap air sehingga 9-10 kali dari beratnya dan menghasilkan lendiran likat seperti gelatin. Sebab itulah bijian ini popular untuk dijadikan ejen menguruskan badan. Kita akan terasa kenyang lebih cepat dan lebih lama apabila mengambil bijian ini dalam diet pemakanan.

KHASIAT CHIA SEED

Chia seed mengandungi pelbagai khasiat yang sangat diperlukan dalam kehidupan seharian kita. Setiap nutrien ini mempunyai fungsinya tersendiri.

1#Sumber Tenaga Yang Baik

Bijian hebat ini mengandungi kalori dan karbohidrat baik untuk energi dan stamina dalam menjalani aktiviti harian. Bukan itu sahaja, bijian ini juga mengandungi vitamin A, B 12, C yang diperlukan oleh badan malahan sangat baik untuk ketahanan sistem imunisasi tubuh.

2#Mengawal Selera Makan

Tryptophan adalah baik untuk memperbaiki gangguan sistem pencernaan dan keinginan untuk makan. Ia merupakan sejenis asid amino yang telah ditemui pada ayam belanda. Walaupun tryptophan akan memberikan  kesan mengantuk selepas makan, namun ianya juga amat berpotensi untuk membantu mengawal selera makan anda, memberikan tidur yang lebih lena dan membantu untuk meningkatkan mood anda seharian.

3#Mengatasi Sembelit

Chia seed kaya dengan serat yang baik untuk menstabilkan kolesterol, mencegah sembelit dan menghalang peningkatan paras gula dalam darah. Dengan mengambil 28 gram atau satu auns dalam setiap hidangan chia seed, ianya bersamaan dengan 11 gram serat pemakanan, seumpama kira-kira satu pertiga daripada pengambilan serat harian yang telah disyorkan untuk orang dewasa. Pengambilan serat yang mencukupi baik untuk sistem penghadaman dan pencernaan anda.

4#Baik Untuk Gigi Dan Tulang

Satu hidangan chia seed dalam diet menu harian mempunyai 18 peratus daripada pengambilan harian yang telah disyorkan. Ia mengandungi zat kalsium dan fosforus yang berperanan dalam mengekalkan tahap kesihatan gigi, menguatkan tulang dan dapat mencegah osteoporosis.

5#Memperbaiki Perkembangan Sel

Chia seed merupakan salah satu sumber protein dan ianya selamat diambil kerana tidak mempunyai sebarang kolesterol. Dalam setiap 28 gram hidangan chia seed yang diambil adalah bersamaan dengan 4.4 gram protein di dalamnya. Protein sangat baik untuk kesihatan otak selain meningkatkan perkembangan sel-sel dalam tubuh.

 

6#Meningkatkan Metabolisme Badan

Manganese (Mangan) bukanlah nutrien mineral yang terkenal, tetapi ianya terkandung dalam chia seed dan amat penting untuk kesihatan manusia. Pengambilan chia seed dalam satu hidangan (28 gram) adalah amat baik untuk tulang dan membantu badan menyerap nutrien lain seperti Biotin dan thiamin.

7#Mengurangkan Keradangan Kulit

Zat besi dan natrium dalam chia seed baik untuk mencegah anemia dan meningkatkan kualiti sel darah merah. Selain itu, ia membantu mengurangkan keradangan kulit dan membuatkan kulit dan rambut nampak lebih sihat dan cantik.

8#Meningkatkan Daya Ingatan

Chia seed kaya dengan asid lemak Omega-3, iaitu hampir menyamai 5 gram dalam setiap satu auns hidangan. Lemak Omega-3 yang juga terdapat dalam ikan adalah amat penting untuk kesihatan otak anda  di samping meningkatkan daya ingatan dan tumpuan yang lebih baik.

9#Mengawal Berat Badan

Tidak ada lagi kajian yang membuktikan chia seed boleh menguruskan badan tetapi ia mampu mengawal keinginan seseorang untuk makan dengan jumlah yang berat. Pengambilan chia seed yang konsisten membuatkan anda lebih berasa kenyang dan secara tidak langsung ia mampu mengawal berat badan untuk kurus.

10#Meningkatkan Tahap Kesihatan Jantung

Terdapat suatu kajian yang menyatakan bahawa chia seed terbukti dalam meningkatkan tekanan darah dan memperbaiki tahap kesihatan jantung. Ianya juga boleh meningkatkan kolesterol sihat untuk tubuh dan pada masa yang sama dapat mengurangkan jumlah kolesterol, LDL dan juga trigliserida.

Selamat Diambil Oleh Ibu Hamil

Wanita hamil adalah golongan yang paling digalakkan untuk mengamalkan chia seed kerana ia mengandungi:

  1. Banyak zat berkhasiat yang diperlukan oleh ibu dan bayi seperti
  2. Omega 3 untuk meningkatkan kecerdasan otak
  3. Zat besi yang membantu pergerakan oksigen dari paru-paru ke seluruh tubuh
  4. Potasium yang melindungi otot jantung, mencegah tekanan dan diabetis.
  5. Anti-oksidan yang tinggi untuk menguatkan ketahanan badan ibu hamil supaya tidak mudah jatuh sakit sepanjang kehamilan.
  6. Kandungan serat yang tinggi mengelakkan gastritis, kembung perut dan pedih ulu hati.

Pengambilan bijian chia secara berterusan dalam jangka waktu yang panjang mampu merendahkan paras LDL (lipoprotein berketumpatan rendah) dan meningkatkan HDL (lipoprotein berketumpatan tinggi) yang baik untuk kesihatan kardiovaskular kita.

Gambar: Google

One thought on “10 KEBAIKAN CHIA SEED

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *