Kebaikan Rawatan Sonotron Untuk Bantu Anak Pulih Batuk Berkahak

Assalammualaikum semua..

harini aku nk share sikit tentang rawatan sonotron.Rupanya ramai yang tak tahu pasal rawatan ni dan mintak aku review dalam blog.

Meh la aku cerita sikit condition anak aku si sara tu.

ketika usia dia menginjak 6 bulan,awalnya dia cuma demam biasa dan disusuli dengan batuk lepas tu berkahak pulak. demam dia baik
tapi batuk dia makin teruk.Siap pakej nafas berbunyi lagi.

awalnya pergi hospital,kena tahan ward siap kena amik neb berulang kali and setiap pagi kena buat fisio.berulang kali proses rawatan tu sehingga berhari-hari.sian tengok anak mama kena masukkan tiub dari dalam mulut..huhuhuhu

tak jalan juga sebab kahak makin menebal.so bermalam la kt hospital selama 4 malam.Alhamdulillah batuk n kahak makin berkurangan and Sara tunjuk kesan yg positif.

Then setelah usia masuk setahun,batuk berkahak datang balik,
hati ni sedih lahai sbb tiap kali anak sakit kami turut terasa sakit tu

So kami search la macam2 petua untuk batuk berkahak ni,then haa terjumpa la rawatan sonotron.yeahhh tengok mcm menarik.
then kami pun call n set time untuk buat rawatan tu.

Alhamdulillah,alhamdulillah,alhamdulillah,

Memang menjadi n sangat berpuas hati.memang time buat rawatan tu,anak akan menangis tapi org tu ckp xpe,sbb lagi cepat baik.
rawatan sonotron ni langsung xmenyakitkan,xmenyentuh kulit dan tempoh rawatan dalam 15 minit aje.

tak mahal dan harga berbaloi dengan rawatan yang kita dapat.so setiap kali anak sbatuk berkahak je,cecepat set appointment dengan sonotron tawakal kat Bangi ni.

Sebenarnya rawatan sonotron ni sesuai untuk bayi seawal 3 bulan ke atas dan selanjutnya.banyak kebaikan dalam rawatan ni contohnya demam,tiroid,resdung,migrain,sakit pinggang,ulser,bengkak kaki,terseliuh dan lain-lain.

tapi untuk yang pregnant dan baru menjalani pembedahan,xboleh la buat rawatan ni ye.

Jom try rawatan sonotron ni..

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *