Trend Pulang Beraya Di Kampung Tapi Menginap Di Hotel?

Trend Pulang Beraya Di Kampung Tapi Menginap Di Hotel?

 

Demi keselesaan vs menjaga hati ibu bapa.

Tiba-tiba isu pulang beraya tetapi tidur di hotel menjadi buah mulut masyarakat. Perkara ini bukan lagi baru kerana sudah beberapa tahun lepas sudah ada orang yang melakukannya demi keselesaan.

Pulang beraya di kampung sudah semestinya menjadi kewajiban kerana di rumah datuk dan neneklah kita boleh berkumpul sesama sanak saudara. Mana yang jauh datang berhimpun dan ia mengeratkan silaturahim. Namun bila malam menjelang, ada sebahagian daripada sanak saudara akan menginap ke homestay atau hotel. Apa pula kata datuk dan nenek melihat anak-anak mengangkut cucu mereka menginap di tempat lain?

Sebelum pelatah melatah dengan hanya baca tajuk, biar saya awal-awal declare saya tinggal di rumah bukan di hotel. Kedua, saya rasa tak perlu jadikan isu bila ada yang kena duduk hotel. Memang ada yang dah geli dan jijik nak memijak di bilik air yang berlendir lumut hijau sedangkan dulu masa kecil-kecil tempat tu dia selamba jer main slide pakai perut.

Tak dinafikan saya untuk seorang bapa yang berderet-deret anak dara dan isteri yang lawa untuk boleh berkompromi isu aurat. Bukanlah anak-anak dan isteri saya masuk rumah sahaja dah buka tudung dan tukar jadi tshirt atau baju kelawar tetapi kalau dah kena tidur di ruang tamu, bukan ke tak elok nampaknya. Bercampur dengan cousin, biras dan in-law yang bukan mahram buat semuanya menjadi risau.

Tak salah jika sebahagian terpaksa tinggal di hotel dengan niat untuk terus lama balik kampung. Yang jadi mak pak pun janganlah sensitif sangat, kena faham juga masalah anak-anak kita sekarang ni. Dulu zaman orang nak tengok porno kena smuggle VHS tape dan senyap-senyap komplot tengok kat rumah kawan ramai-ramai dan ketika itu umur dah 15 tahun. Tapi sekarang, buka tablet sahaja keluar dah iklan Casino dengan foto lembu-lembu ternakan yang menayangkan susu-susu perahan manusia padahal baru umur 8 tahun. So, zaman pak mak dan zaman kita…fitnahnya berbeza.

Bab tandas tu saya no komen, sebab mungkin isteri orang yang posting ni ada masalah dengan tandas cangkung, (tidak biasa, sakit lutut, sakit kalau mencangkung. Wallaahualam, saya juga pernah ada masalah begini dulu masa sakit lutut, jadi kurang adil untuk judge isterinya mengada-ngada).

Bab tidur di ruang tamu tu, saya nak komen, berdasarkan pengalaman saya sendiri. Suami saya dari keluarga yang besar dan ramai anak-anak saudara, bila berkumpul semua memang sesak, dan memang tidak cukup bilik.

Kadang-kadang memang berkongsi bilik dengan keluarga adik beradik lain, bilik masuk nak tukar baju, letak barang-barang kita. Bila malam, selalunya tidur diruang tamu ramai-ramai.

Seronok sebenarnya, tetapi suami saya agak tegas bab aurat isterinya, nokompromi walau dalam rumahnya sendiri, dia akan sering ingatkan aurat saya dengan ipar duai lelaki.

Maka tidur malam pun pakailah tudung. Tidak selesa bukan? Mula-mula saya okey, tetapi lama-lama saya suarakan rasa hati ketidakselesaan, lebih baik begitu, dari kita tarik muka dan kecil hati dengan suami.

Rupanya dia ingat saya okey je selama ini, sebab saya tetap ceria dan gembira bila pulang ke rumah arwah mak dan bapak mertua, takder nak desak dan ajak suami balik cepat-cepat ke apa.

Dan sebagai tanggungjawab dan amanah dia kepada saya, dia kumpulkan duit, dia minta arwah ayah mertua repair-repairkan bilik stor bawah rumah, jadikan bilik tidur, takde mahal sangat kosnya, upah orang kampung je buat, senget benget simen pun okey je. Okeylah walau kecil, tetapi cukup selesa untuk tukar baju, solat dan tidur.

Alhamdulilllah, bilik tu tiap kali balik kampung beramai-ramai, kami sekeluarga duduk situ, termasuk masa ada bibik dulu tidur dengan saya dalam bilik tu, suami dan anak bujang tidur luar. Kalau kami tidak balik kampung, sesiapa ahli keluarga lain yang balik kampung boleh gunakan bilik tu.

Saya kira sebagai suami, kalian kena prihatin dengan perkara sebegini, kecuali kalian tidak kisah isteri tidur, golek gelentang ditatap’ bukan muhrimnya, kalau kisahkan, cuba usahakan agar isteri selesa di rumah anda. Ia bukan soal isteri mengada-ngada tidak mahu tidur di ruang tamu beramai-ramai, ia juga soal maruah isteri dan maruah anda sebagai suami.

Ada rakan lelaki saya cerita, kalau balik kampung, dia akan carikan hotel budgetuntuk bermalam, dan bercerita perihal ini kepada ibu dan ayahnya agar mereka tidak tersinggung, dan mak ayah dia redha, dan tidak berkecil hati dengan menantu.

Tetapi siang hari mereka sepenuhnya duduk di rumah mertua, malam betul-betul balik untuk tidur, selepas subuh dah kembali ke rumah orang tua, masak sarapan bersama-sama, makan tengahari, makan malam semua di rumah mak dia.

Hubungan menantu, mertua ipar duai juga tiada masalah. (kepandaian suami uruskan rumah tangga dan jaga hubungan baik amat penting)

Katanya memang ada 2 bilik je rumah mak ayah dia, dan anak-anak saudara lelaki perempuan semua dah besar-besar, dia utamakan kakak-kakaknya yang ada anak-anak dara untuk gunakan bilik, ahli keluarga tiada masalah dan memahami tanggungjawab dia menjaga kepentingan isterinya.

Yang jadi masalah saudara mara mula ‘bergossip’ “si anu tu menantu dia kekwat, balik tak nak duduk rumah mak mertua, sanggup sewa hotel bawa anak isteri duduk.” Perkara ini tidak akan timbul, kalau kita semua memahami apa yang saya sebutkan di atas, ‘memelihara aurat’.

Apa pun Al-Fatihah buat arwah bapa dan ibu mertua saya, yang saya kira amat baik kepada saya, bertuah dan bersyukurnya saya kerana mereka menerima saya seadanya, dan segala kelemahan saya mereka juga menerima seadaanya.

Kini rumah pusaka sebelah suami sepi, sebab semua anak-anak kerja luar dan sedikit usang kerana tidak didiami, saya merindui kemeriahan suasana menyambut puasa, hari dan berkumpul ketika kenduri kendara di situ.

Sesungguh, hargailah masa-masa yang kalian ada dengan orang tua dan sanak keluarga, kerana suatu hari nanti, kalian pasti akan merinduinya.

Bila balik melihat rumah usang, berhabuk, terbit rasa rindu,

“Bilik inilah aku tidur semasa kali pertama bermalam di rumah mertua”

“Ruang inilah, aku melihat anak-anak kecil aku merangkak, bertatih, dan Tok dan opah menyambut cucu di kerusi sambil mengagah anak-anak kecil ku”

“Di ruang makan inilah, pertama kali aku memasak menjamu mertua dengan masakanku, dan suami tersenyum bangga, isterinya pandai memasak untuk mertua”

“Di sudut inilah, anak-anak saudara berkhatan, dan bergantung kain ‘berpantang’

“Di bilik air inilah, aku menjerit bila nampak lipan sebesar jari telunjuk”

“Dihalaman inilah, anak-anak aku, dan sepupu-sepupunya riang gembira bermain bunga api”

Kini semua itu sudah tidak dirasai lagi, yang tinggal cuma sebuah kerinduan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *